UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

 

TEMA 

  KE ARAH KCEMERLANGAN BERKUALITI

 

PENGENALAN

Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) adalah sebuah unit yang bertanggungjawab mengendalikan, menguruskan peperiksaan dan menyediakan serta  menganalisis keputusan peperiksaan. UPP ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1999.

 

MATLAMAT

1.       Kecekapan menjadi ‘one stop center’ maklumat peperiksaan.

2.       Meningkatkan proses penganalisisan menerusi perisian komputer

3.      Memantapkan kualiti pengurusan agar setaraf dengan        peperiksaan kebangsaan.

 

PIAGAM PELANGGAN

1.      Sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan

2.      Sentiasa berusaha memberi penerangan dan maklumat peperiksaan terkini dengan lengkap serta tepat.

3.      Mengeluarkan maklumat analisis peperiksaan dalam tempoh tiga minggu dari terakhir minggu peperiksaan.

4.      Sentiasa peka dan responsif  terhadap kehendak dan keperluan pelanggan seperti guru, pelajar, ibu bapa, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

5.      Sentiasa bersedia menerima pendapat, cadangan, teguran yang rasional dan ke arah penambahbaikan UPP.

 

FALSAFAH

 Peperiksaan mengukur kemampuan akademik pelajar justeru itu, perlu dilaksanakan dengan telus, bertanggungjawab dan dapat dipertanggungjawab.

 

 

VISI

  Unit Peperiksaan dan Penilaian SMK. Munshi Abdullah berhasrat untuk menjadi sebuah unit yang unggul dan berkesan, berteknologi maklumat, mengutamakan keperluan dan kebajikan pelajar serta pengurusan yang cekap.

 

MISI

  Memberi khidmat terbaik dan sentiasa melakukan penambahbaikan berterusan dalam mengurus dan menganalisis maklumat peperiksaan kepada semua pelanggan.

 

CARTA ORGANISASI

Pengerusi                              : Hjh Siti Inshah Hj Mansor

Naib Pengerusi 1                  : En. Mohd Rosli bin Mohd Othman (GPK)

Naib Pengerusi 2                  : En. Norhaimi bin Abdullah (GPK HEM)

Naib Pengerusi 3                  : Pn. Zaharah Hashim (Penyelia Petang)

Penyelaras                             : Pn. Liew Yon Foi

Pembantu SPM                     : Pn. Liew Yon Foi

Pembantu PMR                    : Pn. Zaliha Mokhtar

Juru Atur Komputer           : En. Sulaiman Yusoff

Setiausaha Peperiksaan Dalaman Tingkatan 5                : Pn. Siti Aini Hamzah

Setiausaha Peperiksaan Dalaman Tingkatan 4                : Cik Dayang Khursiah bte Mohd Hasan

Setiausaha Peperiksaan Dalaman Tingkatan 3                : Pn. Norasikin Iznan

Setiausaha Peperiksaan Dalaman Tingkatan 2                : En. Ismail Atan

Setiausaha Peperiksaan Dalaman Tingkatan 1 & Per.         : Cik Suzenny Ahmad

 

 

 

 CARTA ALIRAN  PENGURUSAN  UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

 

SEBELUM PEPERIKSAAN

                                                            

Kertas peperikasaan disediakan oleh guru mata pelajaran ( 4 minggu sebelum peperiksaan)

 

¯

disemak dan disahkan oleh Ketua Panitia atau Penyelaras Unit.

 

diserahkan kepada S/u Peperiksaan

 ( 3 minggu sebelum peperiksaan)

 

cetakan (2 minggu sebelum peperiksaan)

 

urusan pembungkusan soalan

urusan penyimpanan kertas soalan oleh S/u Peperiksaan ( 1minggu sebelum peperiksaan)

   

SEMASA PEPERIKSAAN

 

S/u Peperiksaan  mengeluarkan kertas soalan

 

Guru bertugas mengedarkan kertas , mengisi borang pemantauan dan mengumpullkan skrip jawapan dan diserahkan kepada penanda kertas

 

SELEPAS PEPERIKSAAN

 

Penanda menerima skrip jawapan dan memastikan bilangan skrip sama seperti yang dicatatkan dalam borang pemantauan

 

Menanda skrip jawapan

Objektif - 3 hari

Esei - 1 minggu

 

Mengisi borang  markah dan borang SPA, serahkan kepada S/u Peperiksaan Dalaman

 

Mengembalikan skrip jawapan, membincangkan dan menyemak bersama dengan pelajar (1 minggu)

 

Pembetulan pertama guru penanda kepada S/u Peperiksaan sekiranya terdapat sebarang kesilapan penandaan

 

S/u Peperiksaan membuat analisis

 

Keputusan dihantar ke PPD Kulai

 

Post-mortem keputusan peperiksaan

(mesyuarat guru dan mesyuarat Unit Peperiksaan dan Penilaian)