Pembinaan Oleh Kerajaan
Bangunan sekolah ini yang mula-mulanya dikenali Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kulai, telah disiapkan pada tahun 1970. Dua buah blok bangunan dua tingkat ini mengandungi 10 buah bilik darjah, sebuah bilik masakan, sebuah bilik jahitan dan sebuah makmal. Terdapat juga sebuah padang yang luas telah juga disediakan.
Pengambilan Murid-murid
Pada awal bulan Januari 1971, sekolah ini bermula sebagai cawangan Sekolah Sultan Ibrahim Kulai. Ketika itu, seramai 337 orang murid daripada sekolah bahasa ibunda kawasan Kulai ditumpangkan di sekolah jiran iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman Putra (STARP), sebab kemudahan-kemudahan sekolah ini belum cukup dilengkapi.
Mulai 1hb. April 1971, sekolah ini telah menjadi sebuah sekolah yang berasingan tetapi bekalan letrik belum disempurnakan dan prabot sekolah iaitu meja dan kerusi pun belum dibekalkan. Untuk mengatasi kekurangan kemudahan ini murid-murid pernah membawa kerusi dari rumah mereka untuk digunakan di sekolah.
Perkembangan
Lama kelamaan sekolah ini telah berkembang. Hingga tahun 1974 bilangan murid telah meningkat kepada 1000 dan gurunya seramai 36 orang.
Untuk melicinkan pentadbiran, sebuah lembaga Pengelola telah ditubuh pada tahun 1972. Persatuan Ibu-bapa Guru (PIBG) telah dibentuk pada tahun 1974 untuk mengembangkan kemajuan pelajaran murid-murid. PIBG telah bergerak dengan menjalankan beberapa aktivitinya sehinaggalah sekarang.
Nama Sekolah
16hb. Oktober 1976, sekolah ini telah diberi nama baru iaitu Sekolah Munshi Abdullah. Nama ini telah diambil sempena nama seorang tokoh ‘Bahasa’ dan ‘Bapa Kesusasteraan Melayu Moden - Abdullah bin Abdul Kadir.
Bangunan Tambahan
Disebabkan bilangan murid telah bertambah, bilik darjah sekolah ini tidak mencukupi. Sebahagian murid-murid telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kulai sebagai cawangannya. Mengatasi masaalah kekurangan bilik darjah sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan 4 buah makamal telah disiapkan pada tahun 1979.
Pada awal tahun 1976, walkathon telah diadakan untuk mendapat bantuan kewangan daripada orang ramai. Sebanyak $30.000.00 telah dikumpulkan. Pendapatan itu telah dimasukkan ke dalam tabung kemajuan sekolah dan ditunakan untuk menyiapkan sebuah gelanggang serbaguna, memasang kipas angin di setiap bilik darjah, menambahkan buku-buku di perpusatakaan, membeli alat sistem pembesar suara dan perlatan sukan.
Dewan Serbaguna
Pada tahun 1979, pihak PIBG dan pihak sekolah bersetuju untuk membina sebuah dewan untuk permainan dalaman dan lain-lain kegiatan sekolah atau sosial.
Pembinaan dewan dibuat berperingkat-peringkat seperti berikut:
(i) Peringkat Pertama - membina tiang-tiang dan bumbung asbestol. Kos
pembinaan ini menelan belanja sebanyak RM22,500.00.
(ii) Peringkat Kedua - membina pentas. Kos pembinaannya sebanyak RM15,000,00.
(iii) Peringkat Ketiga - membina dinding dan pendawaian. Kos menyiapkan kerja ini lebih kurang RM20,000,00.
Sekolah dan pihak PIBG telah memutuskan untuk mencari punca keangan. Selepas mendapat sebutharga pembinaan, satu kertas kerja dimajukan kepada Yang Berhormat Dato Chin Hon Ngian, Ahli Parlimen Kasawan Kulai-Rengam dan Yang Berhormat En. Lau Tong (sekarang Dato) Ahli Undangan Negeri Kawasan Kulai, supaya memhon mendapatkan bantuan kewangan. Surat rayuan untuk derma telah dihantar kepada ibu bapa murid-murid dan wakil PIBG dan sekolah telah melawat orang-orang kenamaan di Kulai untuk mengutip derma. PIBG juga merayu kepada firma-firma terkenal untuk sumbangan masing-masing.
Y.B. Dato Chin telah menyumbang sebanyak RM9,900 pada hari sukan sekolah 1979. Satu tayangan gambar juga diadakan.
Peringkat kedua telah disiapkan oleh Pemborong m/s Sin Yuen Thong Sdn. Bhd. di Kulai telah bermurah hati menjalankan kerja tersebut walaupun PIBG tidak sanggup menjelaskan pembayaran semasa itu.
Pembinaan peringkat ketiga dijalankan setelah PIBG berjaya mengumpulkan kos pembinaannya.
GURU SENIOR SMKMA
|
Nama: Encik Chin Chong Ming
Tarikh lahir: 3 Disember 1953
Akademik: H.S.C
Mula berkhidmat: 1 Julai 1973
Kursus Perguruan Dalam Masa Cuti: 1976-1979
Mula berkhidmat sebagai guru terlatih: 1979 hingga sekarang
Encik Chin Chong Ming telah berkhidmat sejak tahun 1973 selepas dua tahun sekolah SMA dibuka sebagai guru sandaran tanpa latihan. Beliau kemudian mengikuti latihan perguruan dari tahun 1976 hingga 1979 dan seterusnya diletakkan di sekolah yang sama.
Dalam tempoh 28 tahun, beliau telah mengikut perkembangan SMKMA daripada sekolah baru yang serba kekurangan kepada sebuah sekolah yang mantap dari semua aspek.