SMKMA tuan rumah bagi program SAKINAH
27 Ogos 2001- SMK Munshi Abdullah telah berjaya menganjurkan program Sakinah peringkat negeri Johor dengan cemerlang sekali. Program ini telah diadakan di Dewan PIBG SMK Munshi Abdullah dan telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Adam Bin Abdul Hamid Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan Pendidikan Negeri Johor.
Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dan guru-guru penasihat dari persatuan Puteri Islam dari seluruh daerah negeri Johor. Dianggarkan 500 peserta telah hadir untuk menyertai program ini.
Antara aturcara program ialah ceramah dari pegawai pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Selain itu diadakan diskusi dengan peserta-peserta program.