Pelajar India Tunjuk Bakat
11 Ogos 2001 - Aktiviti Tamilliar peringkat daerah berjaya mencungkil bakat pelajar India di seluruh daerah Kulai. Aktiviti Tamilliar 2001 yang berlangsung di Dewan PIBG Sek. Men. Keb. Munshi Abdullah (SMKMA) pada 11 Ogos 2001 telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Siti Inshah Bt. Mansur. Guru Penasihat Aktiviti Tamilliar, Cik Letchumy berkata, SMKMA sebagai tuan rumah aktiviti Tamilliar 2001 telah berjaya menjadikan aktiviti pada kali ini sebagi yang paling berjaya dan meriah pernah dianjurkan. "Sambutan yang begitu hebat daripada pelajar-pelajar India dari seluruh daerah Kulai pada tahun ini, mengambarkan penghargaan mereka terhadap aktiviti ini pada tiap tahun". Menurut beliau lagi, aktiviti ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni. Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan dikalangan pelajar India dari seluruh daerah Kulai. Berbagai acara telah diadakan antaranya nyanyian, tarian dan lakonan yang dipersembahkan oleh pelajar.Aktiviti yang bermula pada pukul 8.00 pagi telah berakhirt pada pukul 12.00 tengahari |