Persediaan menyambutan hari Kemerdekaan

 

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

16 Ogos- Sempena dengan sambutan bulan penghayatan  Hari Kemerdekaan di seluruh negara yang disambut pada 16 Ogos hingga 16 September di seluruh negara, Sek. Men. Keb. Munshi Abdullah (SMKMA) turut membuat persedian untuk menyambut perayaan tersebut.

Berbagai persedian telah dijalankan seperti menghias sekolah dengan bendera kebangsaan, banting serta kain pemidang bunga raya sepanjang 16 Ogos hingga 16 september. Setiap kelas juga turut serta menghiaskan kelas dengan bendera kebangsaan.

Berbagai pertandingan turut dijalankan seperti pertandingan kuiz kenegaraan, lukisan, kelas tercantik dan pelbagai lagi yang melibatkan semua pelajar.

Kemuncak sambutan ini akan diadakan pada 30 Ogos 2001 di Dewan PIBG SMKMA. Puan Pengetua Puan Hajah Siti Inshah Bt. Mansur dijangka akan merasmikan sambutan tersebut.

Diharapkan sambutan ini akan dapat memupuk semnagat cintakan negara dikalangan pelajar seterusnya dapat membentuk displin yang tinggi dikalangan mereka.